Mencari pendapatan tambahan? Klik sini:

Friday 8 March 2013

Mari Bercerita



Assalamualaikum (salam sejahtera ke atas kamu).
Setelah beberapa tahun blog aku ni tak berusik, maka aku dengan semangat pendekar ingin cuba kembali menulis di sini. Aku ni memang suka menulis, dah kira macam hobi jugakla kot… pernah jugak cerpen aku tersiar dalam Berita Harian dulu-dulu, tajuk dia “batu terbelah batu tertangkup”… mak ai tajuknyaaaaa.. hahaha. Carilah kalau rajin, bulan Julai tahun 2011 kalau tak silap.
Sebagai pembuka blog aku ni untuk versi 2013, aku nak buka cerita tentang apa yang berlaku baru-baru ni. Silalah rujuk gambar berikut ye:
(maaflah, gambar ni kurang jelas disebabkan masalah radiasi yg dihadapi di Hiroshima)

Ye, ni gambar aku. Baru jugak ni. Gambar dekat Asthma Bay Klinik Kesihatan Tampin. Asalnya memang aku ada asma dulu-dulu tapi dah sembuh beberapa tahun lepas berkat usaha pendekar dan pantang larang Hang Jebat yang aku amalkan. Dalam tempoh tu memang aku sangat jaga kesihatan sampai aku berhenti makan benda-benda sejuk selama beberapa tahun termasuk aiskrim… boleh korang disiplin mcm tu? Sudahlah, korang tak boleh punya…. Hahaha!
Disebabkan aku dah sihat sejahtera, selepas beberapa tahun aku jadi lupa tentang kepayahan dan kesakitan apabila diserang asma atau somput bak kato org kampong den. Dan akupun kurang menjaga kesihatan, kurang senam dan makan pakai tibai je walaupun Cik Jane aku tu seorang nurse yang sgt cerewet tentang kesihatan aku ni… (dulu aku sembuh dari asmapun sebab dia yang usahakan hari-hari cari ubat yang mujarab utk badan aku) hehe. Makanya, terjadilah kejadian seperti gambar di atas. Melayu mudah lupa, bila kita lupa, Tuhan kasi ingatkan balik, Dia bagi aku selesema dua hari diikuti sesak dada satu malam. Hambik aku! Padan muka aku! Haha.
Nasib baik demam aku hari tu tak teruk mana, belum sempat nak kena asma aku dgn sepantas kilatnya mendapatkan khidmat hospital, ambik la nap tu kejap. Kalau sakit pergi berubat, Nabipun suruh macam tu. Kena cari ubat, pastu berdoa dan tawakal… tak jalan eh do kok ekau berdoa jo, silap2 ekau yg jalan sok… hahah! Oh, seperti biasa bila gi hospital, bila tengok nurse-nurse yang beruniform putih bersih tu, mesti aku teringat kat Cik Jane…hahah!
Maka, ingatlah, kalau sakit gi berubat. Jangan nak tunjuk handal berubat sendiri. Dan hargailah kesihatan anda semua. Time sihat rajin2la gi masjid, poie tolong orang susah, jangan dah patah riuk dok wad nanti baru sibuk nak teringatkan masjid. (aku pernah masuk wad jugak, dan aku tahu perasaannya mcm na…hehe)
Habih utk kali ni. Aslkm.
.
.
.
.
Oh, entah kenapa time aku ambik nap tu, aku terperasan jadi Bane dalam Movie Batman tu.. kahahahahah! "When gotham is ashes you have my permission to die."

No comments:

Post a Comment