Mencari pendapatan tambahan? Klik sini:

Sunday 17 March 2013

WAWANCARUT

Salam sejahtera ke atas kalian yang dengan tak sengajanya singgah di blog aku yang comot ni.. heh. Sekarang kalian sedang bergerak secara perlaha-lahan memasuki zon wawancarut aku ni, melihat dan berfikir dengan cara aku. Aku harap korang tak menganggap aku ni seorang pencarut tegar dek kerana tajuk tulisan ini "wawancarut”.. saje je pilih tajuk tu sebab bunyinya agak menangkap lubang telinga. Jadi, kita mulakan wawancarut ini sekarang ye. Mukadimah yang terlalu panjang hanyalah membuang masa sahaja, dan buang masa itu bukanlah sesuatu yang comel untuk dilakukan. 

Sejak beberapa minggu ni, aku mula melihat bendera-bendera biru menghiasi tepi-tepi jalan besar kat tempat aku ni. Mungkin tak boleh disebut “menghiasi” kerana pandangan alam sekitar menjadi “semak-samun” dan lebih mengganggu mata daripada biasa. Ada juga naik bendera kaler hijau, tetapi kurang. Aku melihatkan sahaja. Apala sangat yang boleh orang mcm aku ni buat. Kalau ikutkan hati, maunya aku karate semua tiang bendera tu, tapi kudratku takdela begitu gagah seperti Badang. Bukan aku benci.. cuma kehadiran bendera dan kain2 rentang tu semua menggannggu pandangan lebih-lebih bila menatang tu dok berkibar dan menari-nari mengikut alunan angin. Kalau cantik, takpe juga.. kan?

Orang kata pilihanraya dah dekat. Mungkin hujung bulan Mac ni. Orang katalah, bukan aku. Aku tak akan dok bising walaupun pilihanraya tu berjalan esok. Pedulik hapa aku. Aku study politik dulu kat sekolah pondok, dan aku dah cukup penat hari2 kena menulis dan blajar tentang politik, tak kan dah kerja ni pun nak aku membebel pasal politk.. dunia ini adalah tempat senda gurau semata-mata, dan aku menganggap semua hal berkaitan politik itu hanyalah senda gurau dan main-mainan shj. Tapi tak pula aku mengatakan aku ni seorang yang tak sayang negara atau bencikan pemimpin atau bencikan segala-galanya tentang mereka.. akupun pergi ambik benda ni haritu, mcm kalian jugak… kalau benci, takdenya aku gi ambik... kuikuikui
hehe...
Dan aku juga tak kata aku sokong orang2 bendera roket dan bulan. Aku cuma menulis di sini dengan memegang nama seorang manusia, menyampaikan apa yang aku rasa. Mungkin juga ada antara kalian yang rasa seperti aku, merasakan bahawa apa yang kita percaya dan perjuangkan selama ini hanyalah perkara remeh-temeh, menjadi monyet sarkas menyokong orang-orang tertentu yang mempunyai misi-misi tertentu, berkepentingan sendiri dan mengaku memperjuangkan orang-orang kecil seperti aku.

Malaysia dah tak macam dulu-dulu. Sikit-sikit orang-orang bangang kat luar sana buat tunjuk perasaan, demonstrasi, bawak sepanduk, bawak anak-anak kecik. Kononnya menuntut hak. Kat mata aku ni mereka nampak seperti lipas yang mengganggu ketenteraman. Perjuangan mereka tak betul. Cara mereka tak betul. Mereka hanya memecah-belahkan bangsa sendiri. Mereka berpuak-puak dan melihat puak lain seperti najis.
Bila ada yang menuntut hak bersuara semua dok sokong. Mansuh ISA, semua dok ikut. Semua jadi tukang ikut. Tak berfikir baik dan buruk. Yang mereka nak “kebebasan mutlak” semata-mata. “kebebasan mutlak” adalah bodoh pada pndangan aku. Aku bukan pandai sangat, tapi aku tau apa itu bodoh. Cuba kalian minta “kebebasan mutlak” daripada mak dan ayah kat rumah tu. Bebas keluar masuk rumah, bebas bergaul, bebas buat apa2 yang korang suka. Cuba. Tak kena karatepun, korang mesti sekurang-kurangnya kena silambam. Kenapa? Kerana kebebasan itu terbatas. Hidup kena ada garis panduan dan peraturan. Pada pendapat aku la, orang yang suka memberontak, dan tuntut benda-benda yang merapu tepi jalan tu, orang yang kurang belajar tatatertib dalam keluarga. Jangan marah. Fikir dulu sebelum marah.

Kamonla, kita dok dalam negara ni mcm satu keluarga. Hormat menghormati, sopan santun, jaga hati orang lain. Tu yang nenek moyang kita ajar, tu yang mereka harapkan. Jangan nak jadi bangang dengan katakan ajaran mereka tu semua dah tak valid lagi. Kalau ada yang tak puas hati, bincang bebaik. Jangan sikit2 nak saman, nak report polis, nak buat demonstrasi. Buang masa, buang tenaga, buang duit.. dah la penat berkumpul, penat lukis sepanduk lagi, buat patung gambar orang lepas tu bakar dan pijak pulak, kang kena bantai dengan FRU lagi… bersusah payah memperjuangkan sesuatu yang mereka sendiri tak pasti kebenarannya. Membazir semata-mata. Membazir itu kan sahabat setan. Apa Baginda Nabi pesan time khutbah terakhir sebelum Baginda wafat? “berhati-hati dengan perkara yang kecil kerana setan itu dah berputus asa dengan perkara yang besar.” Fahamkan. Aku bukan ustaz, tapi aku suka memberitahu apa yang aku tahu kerana “khalifah” itu tanggungjawab manusia. Tanggungjawab aku dan kalian.

Maka, sebelum kalian melakukan sesuatu, berfikrlah. Bukan aku nak tunjuk pro, cuma menyatakan pendapatku. Aku sayang negara ni. Tanah semenanjung, Sabah dan Sarawak tu namanya “MALAYSIA”. Jaga maruah kita. Orang-orang tua dulu berjuang dan mati bukan kerana mahu mereka disanjung tetapi mahukan kita semua pada hari ni hidup dengan aman damai. Bak kata sorang ustaz pada kami suatu ketika dulu, “jangan kita menambahkan penyokong org2 yang berkelahi itu, tetapi berusaha mendamaikan mereka.” Nanti, bila tiba pilihanraya, pilihlah baik2, tetapkan niat. Kalau niat betul, betul la jadinya..

Aku minta diri dulu. Kalau ada salah dan silap, maafkan aku. Aku ni tak petah berkata-kata, tetapi lebih pantas menulis. Kalau kalian jumpa aku, nak aku bercakap panjang lebar mmg aku tak pandai kerana aku ni seorang yg pendiam. Nampak jo mcm handa dlm tulisan ni, warih... heheh.

Sekian. Salam sejahtera ke atas kalian.

“BERFIKIR DI DALAM TERANG, MENCARI DI DALAM GELAP”
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

*tengok macam couple ni, selamba je buat onar kat tepi moto aku.. Dia buat hal dia, aku buat hal aku. Tak kacau sesiapa.. Aku biarkan je, tunggu kat tepi sampai mereka habis ber-romantik sebab mereka tu haiwan. Kalau manusia, dah lama kena pelangkung.. haha!

No comments:

Post a Comment