Salam sejahtera ke atas kalian
yang dengan tak sengajanya singgah di blog aku yang comot ni.. heh. Sekarang
kalian sedang bergerak secara perlaha-lahan memasuki zon wawancarut aku ni,
melihat dan berfikir dengan cara aku. Aku harap korang tak menganggap aku ni
seorang pencarut tegar dek kerana tajuk tulisan ini "wawancarut”.. saje je pilih
tajuk tu sebab bunyinya agak menangkap lubang telinga. Jadi, kita mulakan
wawancarut ini sekarang ye. Mukadimah yang terlalu panjang hanyalah membuang
masa sahaja, dan buang masa itu bukanlah sesuatu yang comel untuk dilakukan.
Sejak beberapa minggu ni, aku
mula melihat bendera-bendera biru menghiasi tepi-tepi jalan besar kat tempat
aku ni. Mungkin tak boleh disebut “menghiasi” kerana pandangan alam sekitar
menjadi “semak-samun” dan lebih mengganggu mata daripada biasa. Ada juga naik
bendera kaler hijau, tetapi kurang. Aku melihatkan sahaja. Apala sangat yang
boleh orang mcm aku ni buat. Kalau ikutkan hati, maunya aku karate semua tiang
bendera tu, tapi kudratku takdela begitu gagah seperti Badang. Bukan aku
benci.. cuma kehadiran bendera dan kain2 rentang tu semua menggannggu pandangan
lebih-lebih bila menatang tu dok berkibar dan menari-nari mengikut alunan angin.
Kalau cantik, takpe juga.. kan?
Orang kata pilihanraya dah dekat.
Mungkin hujung bulan Mac ni. Orang katalah, bukan aku. Aku tak akan dok bising
walaupun pilihanraya tu berjalan esok. Pedulik hapa aku. Aku study politik dulu
kat sekolah pondok, dan aku dah cukup penat hari2 kena menulis dan blajar tentang
politik, tak kan dah kerja ni pun nak aku membebel pasal politk.. dunia ini
adalah tempat senda gurau semata-mata, dan aku menganggap semua hal berkaitan
politik itu hanyalah senda gurau dan main-mainan shj. Tapi tak pula aku
mengatakan aku ni seorang yang tak sayang negara atau bencikan pemimpin atau
bencikan segala-galanya tentang mereka.. akupun pergi ambik benda ni haritu, mcm kalian jugak… kalau benci, takdenya aku gi ambik... kuikuikui
![]() |
hehe... |
Dan aku juga tak kata aku sokong
orang2 bendera roket dan bulan. Aku cuma menulis di sini dengan memegang nama
seorang manusia, menyampaikan apa yang aku rasa. Mungkin juga ada antara kalian
yang rasa seperti aku, merasakan bahawa apa yang kita percaya dan perjuangkan
selama ini hanyalah perkara remeh-temeh, menjadi monyet sarkas menyokong
orang-orang tertentu yang mempunyai misi-misi tertentu, berkepentingan sendiri
dan mengaku memperjuangkan orang-orang kecil seperti aku.
Malaysia dah tak macam dulu-dulu.
Sikit-sikit orang-orang bangang kat luar sana buat tunjuk perasaan,
demonstrasi, bawak sepanduk, bawak anak-anak kecik. Kononnya menuntut hak. Kat
mata aku ni mereka nampak seperti lipas yang mengganggu ketenteraman.
Perjuangan mereka tak betul. Cara mereka tak betul. Mereka hanya
memecah-belahkan bangsa sendiri. Mereka berpuak-puak dan melihat puak lain
seperti najis.
Bila ada yang menuntut hak
bersuara semua dok sokong. Mansuh ISA, semua dok ikut. Semua jadi tukang ikut.
Tak berfikir baik dan buruk. Yang mereka nak “kebebasan mutlak” semata-mata.
“kebebasan mutlak” adalah bodoh pada pndangan aku. Aku bukan pandai sangat,
tapi aku tau apa itu bodoh. Cuba kalian minta “kebebasan mutlak” daripada mak
dan ayah kat rumah tu. Bebas keluar masuk rumah, bebas bergaul, bebas buat apa2
yang korang suka. Cuba. Tak kena karatepun, korang mesti sekurang-kurangnya
kena silambam. Kenapa? Kerana kebebasan itu terbatas. Hidup kena ada garis
panduan dan peraturan. Pada pendapat aku la, orang yang suka memberontak, dan
tuntut benda-benda yang merapu tepi jalan tu, orang yang kurang belajar
tatatertib dalam keluarga. Jangan marah. Fikir dulu sebelum marah.
Kamonla, kita dok dalam negara ni
mcm satu keluarga. Hormat menghormati, sopan santun, jaga hati orang lain. Tu
yang nenek moyang kita ajar, tu yang mereka harapkan. Jangan nak jadi bangang
dengan katakan ajaran mereka tu semua dah tak valid lagi. Kalau ada yang tak
puas hati, bincang bebaik. Jangan sikit2 nak saman, nak report polis, nak buat
demonstrasi. Buang masa, buang tenaga, buang duit.. dah la penat berkumpul,
penat lukis sepanduk lagi, buat patung gambar orang lepas tu bakar dan pijak
pulak, kang kena bantai dengan FRU lagi… bersusah payah memperjuangkan sesuatu
yang mereka sendiri tak pasti kebenarannya. Membazir semata-mata. Membazir itu kan
sahabat setan. Apa Baginda Nabi pesan time khutbah terakhir sebelum Baginda
wafat? “berhati-hati dengan perkara yang kecil kerana setan itu dah berputus
asa dengan perkara yang besar.” Fahamkan. Aku bukan ustaz, tapi aku suka
memberitahu apa yang aku tahu kerana “khalifah” itu tanggungjawab manusia. Tanggungjawab aku dan kalian.
Maka, sebelum kalian melakukan
sesuatu, berfikrlah. Bukan aku nak tunjuk pro, cuma menyatakan pendapatku. Aku
sayang negara ni. Tanah semenanjung, Sabah dan Sarawak tu namanya “MALAYSIA”.
Jaga maruah kita. Orang-orang tua dulu berjuang dan mati bukan kerana mahu
mereka disanjung tetapi mahukan kita semua pada hari ni hidup dengan aman
damai. Bak kata sorang ustaz pada kami suatu ketika dulu, “jangan kita
menambahkan penyokong org2 yang berkelahi itu, tetapi berusaha mendamaikan
mereka.” Nanti, bila tiba pilihanraya, pilihlah baik2, tetapkan niat. Kalau niat betul, betul la jadinya..
Aku minta diri dulu. Kalau ada salah dan silap, maafkan aku. Aku ni tak petah berkata-kata, tetapi lebih pantas menulis. Kalau kalian jumpa aku, nak aku bercakap panjang lebar mmg aku tak pandai kerana aku ni seorang yg pendiam. Nampak jo mcm handa dlm tulisan ni, warih... heheh.
Aku minta diri dulu. Kalau ada salah dan silap, maafkan aku. Aku ni tak petah berkata-kata, tetapi lebih pantas menulis. Kalau kalian jumpa aku, nak aku bercakap panjang lebar mmg aku tak pandai kerana aku ni seorang yg pendiam. Nampak jo mcm handa dlm tulisan ni, warih... heheh.
Sekian. Salam sejahtera ke atas kalian.
“BERFIKIR DI DALAM TERANG,
MENCARI DI DALAM GELAP”
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>